Daripada hobi dan buat untuk makan sendiri, saya mula menerima tempahan secara kecil-kecilan. Majlis pertama yang saya buat adalah majlis akikah anak saudara di Kuala Lumpur. Saya membuat coklat susu, coklat marble dan coklat three tone. Respon yang saya terima dari hadirin membuatkan saya terus teruja untuk menjadikan bisnes homemade chocolate ini sebagai pendapatan sampingan.
Saya terus mendapat tempahan untuk majlis perkahwinan di Jeniang, Kedah. Tempahan khas untuk rombongan pengantin. Untuk ini, saya buatkan coklat berperisa seperti pudina, orange, strawberry dan marble. Sebaik saja majlis selesai, saya terus menerima tempahan untuk majlis adiknya pula selepas Hari Raya Cina nanti. Wah...ini rezeki saya...saya mesti terus giatkan usaha dan mempelbagaikan kreativiti untuk menarik lebih ramai pelanggan. Lagipun, di Sungai Petani dan Kedah amnya masih belum ramai yang membuat homemade chocolate; tidak seperti di Kuala Lumpur yang sudah banyak saingan.
all the best my sister aini, we will support u forever
ReplyDelete