Gift untuk rombongan pengantin majlis perkahwinan adik saya Mu'min

Sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan tempahan untuk majlis perkahwinan adik saya di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur pada 31 Disember nanti. Saya bercadang nak buat beberapa jenis coklat..saya dah siapkan dua jenis iaitu mint with dark choc dan orange with dark choc. Yang baki saya nak buat strawberry with milk choc, milk choc with almond nibs, marble, solid milk dan three tone. Untuk main table nanti, saya buatkan oreo choc.


Dark choc with orange flavour


  


    
Mint dark choc - my favourite

Untuk majlis adik saya ni, temanya warna purple jadi, coklat tu saya
balutkan dengan foil warna purple sebelum masukkan
 ke dalam bakul steel yang mak saya tempah.


  Semalam saya siapkan beberapa lagi coklat untuk majlis perkahwinan adik. Saya menggunakan coklat import untuk rasa yang lebih lazat. Saya gemar dark choc ianya kurang manis, sementara anak sulung saya Aman, amat menggemari white choc yang manis. Milk choc sebenarnya yang lebih digemari ramai. Oleh sebab itu, apabila membuat coklat berperisa, saya lebih suka menggunakan dark choc kerana dapat mengimbangi rasa manis kepada coklat perisa. Tetapi kali ini, untuk perisa strawberry, saya menggunakan milk choc, rasanya agak manis, oleh itu, saya menggunakan mold yang kecil.
Dark choc yang diberikan marble effect dengan white choc


Milk choc berbentuk hati ini, saya letakkan grilled chopped almond



Milk choc strawberry flavour

Three tone solid chocolate












Plain milk chocolate ni khas untuk kanak-kanak rombongan pengantin nanti


Coklat pelbagai perisa yang siap dimasukkan ke bakul steel untuk rombongan pengantin perempuan

Oreo Choc yang siap masuk box, tinggal nak masukkan
dalam gift box special untuk main table
 

1 comment:

  1. memang sedap and cantik coklat yang buat hantaran hr tu..keep it up n gud luck..

    ReplyDelete