Wednesday, December 8, 2010

Truffle hazelnut untuk my family in KL

Semalam, sempena cuti maal hijrah, sehari suntuk saya siapkan truffle hazelnut di samping buat oreo choc, milk chocolate dan three tone choc untuk majlis perkahwinan adik. Truffle ni saya nak kirimkan kat cousin yang nak balik KL hujung minggu ni untuk disampaikan kepada family saya. Mereka dah tak sabar nak rasa selepas tengok gambar di blog ni..disebabkan truffle shell dark saya dah kehabisan, saya buat guna plastik mold biasa. Dark choc saya masukkan hazelnut filling sebelum saya dip in milk choc dan pipe on red color choc seperti gambar di atas. Saya harap mereka akan sukakannya...kalau nak order yang ni, mahal sikit...banyak bahan dan makan masa..tetapi bak kata orang memang value for money la..

Saturday, December 4, 2010

Percubaan yang sukses

Hari ini saya cuba buat coklat truffle, kebetulan masa ke KL minggu lepas, saya ada beli truffle shell dan hazelnut paste. Saya gunakan dark choc shell. Filling saya buat dengan white choc dan hazelnut paste. Saya enrob dengan milk choc. Anak-anak saya amat sukakannya..."rasa macam coklat yang paling lazat di dunia, kinder bueno la mak", itulah komen anak saya Faris.

Setelah enrob, biarkan settle, sepatutnya lapik dengan aluminium foil supaya base tidak melekat, ini saya kena improve lagi, boleh juga di roll on chopped nuts, serbuk koko atau pipe on white choc, ikut kreativiti masing-masing, tapi kali ni, saya buat plain saja.



Truflle hazelnut filling...yummy!!!
Truffle yang di roll on grilled almond nibs, pistachios dan serbuk koko


Wednesday, December 1, 2010

Pengalaman sekupang saya

Daripada hobi dan buat untuk makan sendiri, saya mula menerima tempahan secara kecil-kecilan. Majlis pertama yang saya buat adalah majlis akikah anak saudara di Kuala Lumpur. Saya membuat coklat susu, coklat marble dan coklat three tone. Respon yang saya terima dari hadirin membuatkan saya terus teruja untuk menjadikan bisnes homemade chocolate ini sebagai pendapatan sampingan.

Saya terus mendapat tempahan untuk majlis perkahwinan di Jeniang, Kedah. Tempahan khas untuk rombongan pengantin. Untuk ini, saya buatkan coklat berperisa seperti pudina, orange, strawberry dan marble. Sebaik saja majlis selesai, saya terus menerima tempahan untuk majlis adiknya pula selepas Hari Raya Cina nanti. Wah...ini rezeki saya...saya mesti terus giatkan usaha dan mempelbagaikan kreativiti untuk menarik lebih ramai pelanggan. Lagipun, di Sungai Petani dan Kedah amnya masih belum ramai yang membuat homemade chocolate; tidak seperti di Kuala Lumpur yang sudah banyak saingan.