Sekapur Sirih

Salam kepada semua peminat coklat...

Baru-baru ini saya ada cuba-cuba buat coklat sendiri, belajar dari kawan yang berpeluang berguru dengan chocolatier profesional. Alhamdulillah, walaupun diajar secara teori, saya berjaya membuat coklat sendiri. Anak-anak pun suka..

Dari coklat compund yang mudah dibuat, saya pelbagaikan perisa seperti mint, orange, strawberry dan sememangnya rasanya yummy macam coklat import yang mahal. Saya juga dapat hasilkan coklat yang lebih lazat apabila menggunakan coklat couverture...ianya agak mahal tetapi rasanya berbaloi...

Kini saya sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis seperti harijadi, pertunangan, perkahwinan, cenderahati korporat dan sebagainya...kepuasan pelanggan menjadi matlamat saya.

No comments:

Post a Comment