Sunday, March 20, 2011

Hantaran Pertunangan

 






Hantaran Pertunangan bertemakan biru putih sekali lagi menjadi pilihan. Agaknya tahun ni ramai yang gemar warna biru. Kali ini saya buatkan khas untuk majlis pertunangan sepupu saya Maisarah. Walaupun saya tidak dapat hadir ke majlis itu disebabkan terpaksa bekerja, saya percaya majlis itu berjalan lancar dan meriah sekali. Tahniah diucapkan pada Maisarah, semoga kekal ke jinjang pelamin. Kepada Uncle Rahim & Mami Ros, tahniah dan nantilah debaran menyambut menantu sulung....

Sunday, March 13, 2011

Rose bouquet












Coklat rose bouquet ini dipesan oleh Rina sempena Majlis Pertunangan adiknya baru-baru ini. Coklat berperisa strawberry dan dibahagian bawahnya dark chocolate berintikan whole almond yang rangup memang unik. Setelah dimasukkan dalam kotak, Rina akan padankan dengan hiasan selari dengan barang hantaran lainnya, jadi, saya tidak perlu menghiaskan kotak ini. Semoga majlis pertunangannya berjalan lancar.

Wednesday, March 9, 2011

Hantaran Pertunangan - Tema Biru Putih









Coklat Hantaran bertemakan warna biru putih ini dipesan oleh Noraini untuk majlis pertunangan kakaknya di Kelantan. Three layer heart shape chocolate (campuran white, milk and dark chocolate) serta 2 layer rose choc (campuran white dan dark chocolate). Semoga pertunangan mereka kekal ke jinjang pelamin.