Belgian chocolate ini saya buat untuk santapan kami sekeluarga, disebabkan harganya yang agak mahal, saya tidak bercadang untuk mengambil tempahan coklat ini. Sekadar untuk berkongsi dengan anda, belgian chocolate adalah antara coklat terbaik di dunia. Saya buatkan dark choc marble, milk choc marble dan white choc. Memang lazat dan cair dalam mulut anda. Coklat ini agak sensitif dengan haba, oleh itu hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk. Itulah sebabnya saya buat sikit2 sekadar dalam tupperware kecil saja. Macam mana? Nampak macam pro tak?
Sedia menerima tempahan coklat untuk sebarang majlis i.e. harijadi, pertunangan, perkahwinan, hantaran dan sebagainya...
Tuesday, January 25, 2011
Sunday, January 23, 2011
Tempahan dari Ah Soon Janggut Auto
Tempahan dari Ah Soon sempena Tahun Baru Cina. Beliau menempah 2 kotak 50pcs flavored choc dan 2 kotak 50pcs truffle. Saya buatkan untuk flavoured, strawberry roses, mint papercup dan dark choc flower. Untuk truffle pula, saya buatkan strawberry filling, orange filling dan hazelnut creme filling. Semoga Ah Soon ceria menyambut Tahun Baru Cina dengan persembahan dari Chocolite ini.
Tuesday, January 18, 2011
Variety Bucket
Semalam saya siapkan tempahan coklat campuran daripada kak Maznah; saya buatkan beberapa jenis, antaranya oreo-choc berperisa orange dan strawberry; selain itu saya buatkan chocolate truffle, fillingnya orange creme, strawberry creme dan hazelnut creme. Untuk kanak-kanak, saya buatkan lolli-choc dengan bubble rice (rice crisp) berperisa orange dan strawberry...kalau yang dewasa pun nak makan, apa salahnya...saya pun suka. Semoga kak Maznah berpuas hati dengan coklat yang ditempah ini.
Oreo-choc orange/strawberry & orange/strawberry & hazelnut creme filling truffle |
Lolli-choc orange/strawberry with bubble rice (rice crisp) |
Semalam saya siapkan tempahan coklat campuran daripada kak Maznah; saya buatkan beberapa jenis, antaranya oreo-choc berperisa orange dan strawberry; selain itu saya buatkan chocolate truffle, fillingnya orange creme, strawberry creme dan hazelnut creme. Untuk kanak-kanak, saya buatkan lolli-choc dengan bubble rice (rice crisp) berperisa orange dan strawberry...kalau yang dewasa pun nak makan, apa salahnya...saya pun suka. Semoga kak Maznah berpuas hati dengan coklat yang ditempah ini.
Friday, January 14, 2011
Lolli-choc hidupan laut untuk Birthday Maisarah
Semalam ada seorang kakak yang berniaga di depan rumah paksu tempah 30 batang lolli-choc untuk majlis harijadi anak saudaranya Maisarah petang ni. Saya buatkan lolli-choc rice crispy biru/ungu seperti dalam gambar. Objek hidupan laut seperti ikan, penyu, kuda laut, jerung dan tapak sulaiman pasti menarik perhatian kanak-kanak. Saya harap mereka sukakannya.
Sunday, January 9, 2011
Premium White Chocolate Truffle
Semalam, adik saya Mu'min dan isterinya Fiza datang ke rumah...jalan-jalan rumah saudara lepas kahwin..biasalah tu. Kebetulan, saya sedang membuat white chocolate truflle ni, jadi, rezeki mereka lah untuk bawa balik sekotak sebagai kenangan. Filling truffle kali ni, saya gunakan dark choc dengan hazelnut untuk mengimbangi rasa manis white choc. Harga sekotak truffle yang lazat ni ialah RM23.00 sahaja.
Truffle in 16 cavities box |
Yummy chocolate hazelnut filling |
Semalam, adik saya Mu'min dan isterinya Fiza datang ke rumah...jalan-jalan rumah saudara lepas kahwin..biasalah tu. Kebetulan, saya sedang membuat white chocolate truflle ni, jadi, rezeki mereka lah untuk bawa balik sekotak sebagai kenangan. Filling truffle kali ni, saya gunakan dark choc dengan hazelnut untuk mengimbangi rasa manis white choc. Harga sekotak truffle yang lazat ni ialah RM23.00 sahaja.
Tuesday, January 4, 2011
Lolli-choc
Lollichoc perisa strawberry dan rice crisp ini saya buatkan sebagai buah tangan kepada anak-anak saudara saya di Kuala Lumpur. Setelah berjaya membuatnya, saya kini sudah bersedia untuk komersialkan coklat buatan tangan kepada mereka yang berminat.
Subscribe to:
Posts (Atom)