Sunday, March 20, 2011

Hantaran Pertunangan

 






Hantaran Pertunangan bertemakan biru putih sekali lagi menjadi pilihan. Agaknya tahun ni ramai yang gemar warna biru. Kali ini saya buatkan khas untuk majlis pertunangan sepupu saya Maisarah. Walaupun saya tidak dapat hadir ke majlis itu disebabkan terpaksa bekerja, saya percaya majlis itu berjalan lancar dan meriah sekali. Tahniah diucapkan pada Maisarah, semoga kekal ke jinjang pelamin. Kepada Uncle Rahim & Mami Ros, tahniah dan nantilah debaran menyambut menantu sulung....

Sunday, March 13, 2011

Rose bouquet












Coklat rose bouquet ini dipesan oleh Rina sempena Majlis Pertunangan adiknya baru-baru ini. Coklat berperisa strawberry dan dibahagian bawahnya dark chocolate berintikan whole almond yang rangup memang unik. Setelah dimasukkan dalam kotak, Rina akan padankan dengan hiasan selari dengan barang hantaran lainnya, jadi, saya tidak perlu menghiaskan kotak ini. Semoga majlis pertunangannya berjalan lancar.

Wednesday, March 9, 2011

Hantaran Pertunangan - Tema Biru Putih









Coklat Hantaran bertemakan warna biru putih ini dipesan oleh Noraini untuk majlis pertunangan kakaknya di Kelantan. Three layer heart shape chocolate (campuran white, milk and dark chocolate) serta 2 layer rose choc (campuran white dan dark chocolate). Semoga pertunangan mereka kekal ke jinjang pelamin.

Wednesday, February 16, 2011

Birthday Truffle

Truffle creme orange, strawberry dan hazelnut ini adalah tempahan dari Noraini sempena harijadi suaminya yang ke-34. Saya gunakan teknik enrobing. Disebabkan mereka sekeluarga tidak suka manis, saya gunakan dark chocolate yang dicampurkan sedikit milk chocolate. Semoga suaminya gembira menerimanya dari isteri tersayang...selamat panjang umur dari chocolite4u.... 

Sunday, February 6, 2011

Cenderahati majlis perkahwinan Wanie

Chocolate Gold Box ini ditempah oleh Wanie sempena perkahwinan beliau untuk dihadiahkan kepada rombongan pengantin lelaki. Saya buatkan 4 jenis chocolate filling iaitu white hazelnut creme, strawberry dan orange manakala white choc saya letakkan dark hazelnut creme. Semoga perkahwinan beliau bahagia ke akhir hayat.

Tuesday, January 25, 2011

Belgian Chocolate


Belgian chocolate ini saya buat untuk santapan kami sekeluarga, disebabkan harganya yang agak mahal, saya tidak bercadang untuk mengambil tempahan coklat ini. Sekadar untuk berkongsi dengan anda, belgian chocolate adalah antara coklat terbaik di dunia. Saya buatkan dark choc marble, milk choc marble dan white choc. Memang lazat dan cair dalam mulut anda. Coklat ini agak sensitif dengan haba, oleh itu hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk. Itulah sebabnya saya buat sikit2 sekadar dalam tupperware kecil saja. Macam mana? Nampak macam pro tak?

Sunday, January 23, 2011

Tempahan dari Ah Soon Janggut Auto

 








Tempahan dari Ah Soon sempena Tahun Baru Cina. Beliau menempah 2 kotak 50pcs flavored choc dan 2 kotak 50pcs truffle. Saya buatkan untuk flavoured, strawberry roses, mint papercup dan dark choc flower. Untuk truffle pula, saya buatkan strawberry filling, orange filling dan hazelnut creme filling. Semoga Ah Soon ceria menyambut Tahun Baru Cina dengan persembahan dari Chocolite ini.